MML 2021 VIRTUAL EDITION RACE FORMAT

Still wondering how Malaysia Marathon League 2021 Virtual race will be conducted? Please read the below explanation carefully.

Masih bertanya macam mana cabaran Malaysia Marathon League 2021 Edisi Maya dijalankan? Sila baca maklumat di bawah dengan teliti.

If you have further questions, you can join our Facebook community for the answers – https://www.facebook.com/groups/malaysiamarathonleague

VERSI BAHASA MALAYSIA

Format Acara Liga Marathon Malaysia 2021 Edisi Maya

Jarak Larian

  • 42KM

Kategori

  • 42KM Lelaki
  • 42KM Wanita

Jadual Larian

  • Minggu #1 : 5 – 11hb Apr (Jarak 10.5KM)
  • Minggu #2 : 12 – 18hb Apr (Jarak 10.5KM)
  • Minggu #3 : 19 – 25hb Apr (Jarak 10.5KM)
  • Minggu #4 : 26hb Apr – 2hb Mei (Jarak 10.5KM)
  • Jumlah jarak keseluruhan untuk 4 minggu = 42KM

Syarat Perlumbaan

  1. Setiap peserta yang mendaftar akan mewakili negeri yang didaftarkan. Keputusan larian akan dimasukkan ke Negeri yang diwakili.
  2. Jarak 10.5KM harus dihabiskan dalam satu larian. Peserta tidak dibenarkan untuk mengumpul jarak larian.
  3. Setiap larian harus dilakukan di dalam tempoh minggu #1-#4 seperti yang ditetapkan. Larian diluar tempoh tersebut tidak akan diambil kira.
  4. Sekiranya peserta terlepas/tidak menghantar mana-mana larian sepanjang tempoh yang telah ditetapkan, maka tiada rekod larian akan diambil kira. Sijil tidak akan dikeluarkan untuk peserta yang gagal menghabiskan lerian seperti yang telah ditetapkan.
  5. Tempoh masa yang ditetapkan untuk menamatkan larian adalah maksima 9 jam untuk jarak larian kesuluruhan 42KM. Masa yang terkumpul sepanjang tempoh larian melebihi masa maksima 9 jam tidak akan direkodkan didalam sistem.

Aplikasi Larian

  1. Peserta dibenarkan untuk menggunakan sebarang aplikasi bersukan bersrta GPS di telefon mudah alih atau jam pintar. Bukti larian ‘screenshot’ boleh di hantar ke http://vr.checkpointspot.asia.
  2. Bukti larian yang dihantar perlu menunjukkan jarak dan masa larian bersama peta larian.
  3. Sekiranya anda menggunakan aplikasi Strava, data larian anda boleh dikemaskini secara automatik dan dimasukkan ke leaderboard.